Followers

Pages

Monday, October 25, 2010

Segenggam Tabah.. UJIAN dari ALLAH..


Di suatu masa, ada ketikanya diri terasa lemah tatkala menghadapi dugaan dan ujian yang begitu perit untuk di hadapi. Hati mana yang gagah untuk menerima terus ujian yang datang tanpa terasa diri lemah dengan fitrah. Sambil melayari hari-hari dalam kehidupan, terkadang airmata mengalir serentak dengan hibanya hati tika ianya datang tanpa diundang. Maka, mulalah terasa diri bersendirian dan hilang rasa keyakinan apatah lagi kekuatan.

"Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan (begitu sahaja dengan) mengatakan : Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji lagi. Dan sesungguhnya DIA mengetahui orang-orang yang dusta"[ Al-Ankabut: 2-3 ]

'Kenapalah ujian ni selalu datang.. tak habis-habis...'

'Ujian.. masalah.. dugaan.. selalu sangat.. rasa dah biasa dengan masalah-masalah ni semua.. nak buat macam mana...terima jelah'

Macam-macam lagi keluhan yang sering kedengaran. Benar, daripada sekecil-kecil zarah sehinggalah seluas-luasnya dunia ini, ujian itu pasti akan menemani kita. Keluhan apalagi yang mahu di keluarkan, semuanya sudah lali kedengaran. Hanya perbezaan dari ruang ianya datang menjadikan kita terasa bersendirian.


KISAH BENAR

ceritera 1 :

Seorang sahabat saya yang telah mengikat tali pertunangan 8 bulan yang lalu, dan keputusan bagi melangsungkan perkahwinan telah ditetapkan oleh kedua-dua pihak keluarga adalah pada 11 November 2010. Ya, Jika dikira-kira, waktunya sudah hampir tiba (ketika artikel ini di tulis).

Dua bulan yang lalu, persiapan sedang rancak di lakukan. Barang-barang hantaran hampir semua telah tersedia. Duit hantaran juga hampir separuh telah di belanjakan. Semakin hari semakin bertambah kesibukkan dalam persiapan menanti hari berlangsungnya Majlis Perkahwinan itu nanti. Segala tempahan baju, kad jemputan, pelamin, katering dan lain-lain juga telah dilaksanakan dengan sempurna.

Namun, segala apa yang telah dirancang dan semua persiapan itu terpaksa di hentikan buat sementara dek kerana satu perlakuan yang begitu pelik, tiba-tiba saja merubah perilaku dan keputusan pihak lelaki. Benarlah apa yang sahabat saya itu katakan, mana mungkin perkahwinan itu diteruskan jika hati tunangnya itu telah beralih arah daripada suka dan yakin akan keputusannya kepada penyesalan.

Hari demi hari, dia ditemani airmata. Sebagai sahabat, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik untuknya dan membantu selagi saya mampu. Mengembirakannya, itu adalah tanggungjawab saya juga.


Ceritera 2 :

Sebelum ini, saya hanya melihatnya sentiasa ceria dan gembira, mungkin kerana sifat yang ada pada dirinya menjadi saya sendiri tidak menyangka di sebalik keceriaannya itu ada terselit duka.

Setiap kali berjumpa dengannya, seperti ada sesuatu yang dia ingin sampaikan. Tatkala bersua, dia sentiasa bertanya waktu kelapangan saya. Tapi di akhirnya, dia seolah-olah melupakan hasratnya. Cerita yang di sampaikan bukanlah sepenting manapun sehingga perlu menunggu waktu terluang saya. Sehinggalah saya sendiri membuka ruang untuknya bercerita dan meluahkan segala masalah yang ada.

"Mak dan abah saya dah bercerai..." Menitis airmatanya serentak dengan hati saya berdentum mendengarnya. Saya tidak pernah berjumpa dengan kedua orang tuanya, tapi dia selalu mengkhabarkan tentang diri saya pada mereka sehingga seolah-olah saya merasakan bahawa mereka sudah mengenali saya dan saya juga sudah mengenali mereka. Namun hakikatnya, hanya Salam yang meghubungkan kami. Keluarga mereka sungguh ceria.

Ujian itu datang tanpa diduga. Badai yang melanda menguji penerimanya. Saya sendiri tidak mampu berbuat apa-apa selain doa yang sentiasa dipanjatkan kepada-Nya. Hanya perkataan SABAR yang mampu terkeluar dari hati saya untuk menenangkannya. Namun percayalah, hati saya juga 'terpukul' dengan ujian itu.

Allah menuji, bererti Allah menyayangi..



DIALAH DIHATI

Selaku orang yang beriman, dan percaya akan Allah itu Tuhannya, apabila ia ditimpa musibah ia kena cepat-cepat ingat kepada Allah s.w.t dan kembali kepadanya dan sebaik-baik senjata orang mukmin itu ialah bersabar dan berdoa. maka, berdoalah..

" Ya Allah, limpahkankan rahmat-Mu keatas junjungan kami Nabi Muhammad saw, sebagai selawat yang mendatangkan keredhaan dan memenuhi semua hak keutamaan baginda. Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau yang menciptakan, dan aku adalah abdi-Mu, dan aku berada dalam perjanjian dengan-Mu, akan aku laksanakan dengan segala kemampuanku dan aku berlindung dengan-Mu daripada setiap kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui akan sebesar-besarnya nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengapuni aku kecuali Engkau. "



Inspirasi dari Ceramah Syeikh Aidh al-Qarni

* Setelah kesusahan pasti ada kemudahan.

" Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya) atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. maka kerana itu mereka menyesal terhadap apa yang mereka rahsiakan" [ al-Ma'idah : 52 ]

Bersama airmata akan ada senyuman. Bersama rasa takut akan muncul rasa aman. Rasa gelisah akan berganti dengan ketenangan.

Jangan pernah berputus asa, sebab Allah adalah tempat memenjatkan doa. Jangan pernah merasa hilang harapan kerana Allah adalah tempat meminta. Jangan pernah merasa kehilangan arah hidup sebab Allah adalah MUARA SEGALA TUJUAN.

:::.... Ketahuilah bahawa kemenangan akan datang setelah kesabaran. kelapangan akan datang setelah kesusahan dah setelah kesusahan pasti ada kemudahan...:::


~Tinaros Tina~

Wednesday, August 18, 2010

SENYUM TANDA MESRA DAN SAYANG



Senyum Tanda Mesra
Senyum Tanda Sayang
Senyumlah Sedekah Yang Paling Mudah
Senyum Di Waktu Susah Tanda Ketabahan
Senyuman itu Tanda Keimanan
Senyumlah Senyumlah

Hati Yang Gundah Terasa Senang
Bila Melihat Senyum Hatikan Tenang
Tapi Senyumlah Seikhlas Hati
Senyuman Dari Hati Jatuh Ke Hati

( lirik lagu Raihan “Senyum”)


Senyum adalah hal kecil yang boleh menimbulkan perasaan luar biasa. Senyum bukan sekadar menggerakkan otot-otot muka, tetapi lebih kepada pergerakan suasana hati. Gerakkan yang tidak memerlukan perbelanjaan yang besar, tidak memerlukan tenaga yang banyak, meluncur dari bibir untuk seterusnya masuk ke dalam hati yang sangat dalam.

Senyum dihubungkan dengan karakter seseorang, kerana tidak ditemui sifat individu yang “murah senyum”. Senyum banyak dikaitkan dengan perasaan hati, jiwa, dan mood. Senyum dapat mempengaruhi kesihatan, tekanan, dan daya tarik anda.

Senyum juga dipercaya sebagai salah satu jalan jika ingin awet muda. Senyum diketahui mempunyai manfaat untuk kesihatan diantaranya iaitu :

1. Senyum membuat anda lebih menarik.
Kita akan selalu tertarik pada orang yang selalu tersenyum. Orang yang selalu tersenyum punya daya tarik tersendiri. Wajah yang berkerut, cemberut, membuat orang menjauh dari anda, tetapi sebaliknya senyum boleh membuat mereka tertarik.

2. Senyum mengubah mood anda.
Ketika anda merasa jatuh atau “down” cubalah untuk tersenyum. Mungkin saja mood anda akan berubah menjadi lebih baik.

3. Senyum dapat merangsang orang lain tersenyum.
Ketika seseorang tersenyum maka senyum tersebut akan membuat suasana menjadi lebih cerah, mengubah mood orang lain yang ada disekitarnya, dan membuat semua orang menjadi senang. Orang yang suka tersenyum membawa kebahagiaan buat orang yang ada di sekitarnya. Selalulah tersenyum maka anda akan disukai oleh orang lain.

4. Senyum dapat Mengurangi stress
Stress secara nyata dapat muncul di wajah anda. Senyum membantu mencegah kesan bahawa kita sebenarnya sedang lelah atau merasa ”down”. Jika anda sedang stresss cubalah untuk tersenyum, maka stress anda akan berkurang dan anda akan merasa lebih baik untuk membuat langkah selanjutnya.

5. Senyum meningkatkan sistem imun (kekebalan) tubuh anda
Senyum dapat membantu kerja imun tubuh agar dapat bekerja dengan baik. Ketika anda tersenyum, fungsi imunisasi meningkatkan kemungkinan anda menjadi lebih rileks.

6. Senyum menurunkan tekanan darah anda
Ketika anda tersenyum,maka tekanan darah anda akan menurun. Jika anda tak percaya, anda boleh mencubanya sendiri, jika anda memiliki alat pengukur tekanan darah di rumah anda.(^_^)

7. Senyum mengeluarkan endorphins, (peredah rasa sakit secara alami) dan serotonin
Beberapa fakta telah menunjukkan bahwa senyum dapat merangsang pengeluaran endorphin, peredah rasa sakit yang di alami, serta serotonin. Senyum memang ubat untuk penyakit yang dialami.

8. Senyum dapat melenturkan kulit wajah dan membuat anda terlihat lebih muda
Otot-otot yang digunakan untuk tersenyum ikut membuat anda terlihat lebih muda. Jika anda ingin sesuatu yang berbeza, maka berikan senyuman anda sepanjang hari, maka anda akan terlihat lebih muda, dan merasa lebih selesa.

9. Senyum membuat anda tampak lebih berjaya.
Orang yang tersenyum terlihat lebih percaya diri dalam menjalani hidupnya. Cubalah tersenyum saat anda bertemu dengan sahabat-sahabat anda, orang-orang terdekat anda akan merasakan sesuatu yang berbeza.

10. Senyum membuat anda tetap positif.
Cubalah ujian ini: Senyumlah. Lalu sekarang cubalah berfikir sesuatu yang negatif tanpa berhenti tersenyum. Susah kan ? . Kerana ketika anda tersenyum maka senyum tersebut akan menghantar hormon yang baik ke tubuh anda bahwa “hidup anda saat ini baik-baik saja”.

Maka jauhkan diri anda dari masalah, stress, dan rasa risau dengan satu kata-kata iaitu “SENYUM”, tentu saja dengan memberikan senyuman pada tempat dan suasana yang tepat, jangan lebih-lebih pula.. takut nanti orang lain akan menganggap anda 'tidak waras' .
Maka satu pertanyaan.. “sudahkan anda tersenyum hari ini…??”

Tuesday, March 16, 2010

Andainya mayat boleh berkata-kata...


Semoga kita insaf dan menjadikan kisah ini satu pengajaran. InsyaAllah...

Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku ditempatkan di sini.

Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak.Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat kupastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dadaku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku dipegang kuat. "Mengucap sayang.... mengucap.. Laa ilaha illa‘Llah........." Ucapan itu dibisikkan ke telingaku disertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai.

"Tenat", jawab doktor dengan ringkas.

"Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha."

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? Datanglah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. datanglah.....
Tapi mataku.......semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini.

"Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.!

Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu,selamatkanlah daku.

"Yassin......".bacaan yassin terngiang-ngiang di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku diperdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.

"Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".

Tapi rintihan ku tidak dipedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku dilambung resah, gelisah dan penuh kesah.! Keluhan dan rintihan

"Panas, dahaga,haus, panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.

Nenekku datang, "Nenek...........".

"Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air?? Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya." Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi."

"Ayah.......kau datang ayah......." "Matilah dalam agama yahudi anakku. Matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".


"Mengucap sayang,mengucap.Laailahaillallah......". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang.

"Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya "Mari ikut kami". Cahaya putih datang.

Datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang.
"Apa ini, apa ini? Akulah sakaratul maut.......!!!!!!".

Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku diselimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.

"Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah......." Aku tersentak. Roh ku berselerak di dalam tubuhku. Lalu, inna li ‘Llahi wa inna ilaihi rajiuun....

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk.

"Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya......".

"Assalamualaikum......"

"Siapa yang memberi salam itu?"

"Aku"

"Kau siapa wahai pemuda???"

Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus, baju yang dipakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa dipedulikannya.....jijik, loya, aku rasa......teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?"

"Tidak," jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini.

"Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari."

"Bohong!" Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.

"Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini."

"Akulah amalanmu yang keji.........."

Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya! aku teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan dijelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh..Tuhan,aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan, dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!!!!

Surah yassin yang abang pegang diletakkan di atas dahiku. Aku melihat kak long dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak.Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini?????

"Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.

"Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!!" Kenapa ramai orang melihat aku???

"Aku malu.....malu.....malu...!!!!!!". Aku diusung ke suatu ruang. Aku lihat k ain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas dibubuh di celah-celah badanku. Lalu aku dibungkus satu demi satu dengan k ain itu.

"Nanti, tunggu!! Jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong... rimas.... panas...."

Kemudian aku diletakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku disembahyangkan? Bukankah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu.

"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku', sujud dan tahiyyat.

Aku diangkat perlahan-lahan kemudian diletakkan di dalam kotak kayu.

"Kotak apa ini?" Aku diusung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak.

"Al-Fatihah!" Kedengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan l ain -l ain mengekori di belakang tapi ke mana dibawanya aku?..

Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku.

"Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku dan aku diturunkan ke dalam liang itu.

"Perlahan-lahan", aku terdengar suara tok imam memberitahu.

"Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!"

Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki . Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.

"Tanah apa ini?" "Aduh sakitnya badanku ditimbusi tanah".

"Inna li ‘Llahi wa inna ilaihi rajiuuun....Dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali".

Kedengaran bacaan talkin dari tok imam. "Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu juga benar........".

Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin lama makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah ditimbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang dilemparkan ke atas ku. Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan!!



P/s: Terima kasih pd sahabat yang menghantar email ini.. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..

Sunday, February 28, 2010

" So U Think U Can Sing"





Nisa' Gombak akan mengadakan satu uji bakat nyanyian kepada remaja/ wanita sekitar Gombak pada tarikh seperti berikut :

Tarikh : 06 Mac 2010
Masa : 9 : 00 pagi - 5:00 petang
Tempat : Pusat Perniagaan Taman Melawati, Hulu Kelang

Syarat - syarat penyertaan :

•Terbuka kepada remaja dan wanita berumur 18 - 40 tahun sahaja
•Solo atau berkumpulan ( 5 - 12 orang )
•Warganegara Malaysia

•Penduduk sekitar Gombak sahaja
•Lagu berunsur kemanusian, nasihat , keagamaan
•Pakaian sopan dan menutup aurat
•Peserta tidak pernah membuat rakaman dengan mana-mana syarikat rakaman
•Konsep nyanyian yang dibenarkan ialah band, percussion, karaoke , minus-one dan acapella

Mereka yang terpilih akan mewakili Gombak ke Pertandingan SOUTUCS peringkat Negeri Selangor . Acara kemuncak "Konsert AURA UNGU" sekitar bulan Mei 2010 .

Sebarang pertanyaan dan penyertaan sila hubungi :

Tina : 013- 212 7185
Maryam : 019 - 370 4349
Lizawati : 012 - 5548148


Hadiah Menarik Menanti Anda ! !

Monday, February 22, 2010

Ketampi Hati





Langkah kaki bertatih sudah
Merawan akal mencongak nafsu
Kemudi hati..
Usah di pupus bibitan kasih
Nurani..
Membawa erti keinsafan



Semalam,
Menjulang damai di riba syahdu,
Hening subuh menitip lara
Setenang ayunan buai
Ombak melempias karangan nafsu..
Pancangkan azam
Bebas merangkul maksud diri
Tanpa pegangan..
Iman lebur di cicip pergi..




Tuhan,
Segeraku menghampiri-Mu
Tirai kalbu melanda resah
Berikan Ku tautan cinta-Mu
Agar di perhitungan nanti
Kan Ku tegar dalam menjunjung kalimah-Mu

Tuesday, January 26, 2010

Mencari ketenangan hati dalam diri


Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”


Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi - dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli).

Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah - ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.

Dimensi kata, rasa dan tindakan
Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya. Firman Allah:


“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”
(At Tahrim :8 )

Firman Allah lagi:
“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” (al baqarah :222)

Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan - forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kina? Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.

Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah - zikir fikli!
Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:

*Rasa kehambaan.
*Rasa bertuhan.
*Memahami maksud takdir.
*Mendapat hikmah di sebalik ujian.





Takdir dan ujian pada diri

Dalam menghadapi situasi yang pelbagai, hati tidak lari dari terasa setiap ujian Allah itu berat untuk ditanggung, hanya doa' senjata utama yang sentiasa menggagahi hati dan jiwa. Selalu menasihati diri untuk sentiasa mencari ketenangan. Antara tanggungjawab yang kesemuanya perlu diberi keutamaan, bukan tiada pilihan cuma tak dapat di lepaskan. Kerana itu pentignya Zikrullah..


................