Followers

Pages

Thursday, December 3, 2009

Bila hati rasa rindu...

Kenapa ada perasaan rindu? rindu pada orang yang telah pergi? Tahukah mereka ada sekelumit hati yang rindukan kasih sayang yang mereka tinggalkan dulu. Ya Allah.. tak tertanggung rasa rindu buat insan-insan yang amat disayangi.. Kenapa mereka pergi?..

Entah kenapa hati ini rasa sedih dan rindu pada Arwah ayah, kakak, atuk, nenek dan yang teramat-amat rindu buat insan yang baru sahaja pergi Bonda tercinta Allahyarhamah Zainab yang mesra dengan panggilan Kak Raina.. Kami redha dengan pemergiannya. Bonda yang telah menyusukan saya dulu takkan mudah hilang dalam ingatan, belaian manja dan kasih sayangnya tak pernah berbelah bagi untuk saya dan anak-anaknya. Namun pemergiannya tidak sempat saya ziarahi, hanya doa' dan Yaasin saya hadiahkan dari kejauhan.Linangan airmata sukar di hentikan. 25 Ramadhan 1430H tarikh yang penuh dengan kesedihan buat keluarga kami. Apatah lagi 15 September 2009 itu adalah ulang tahun yang ke-10 tahun anak bongsunya Nur Adibah Aliah, dan hari itu juga sehari selepas ulang tahun saya yang ke-24 ( 14 September 2009 ). Teringat saya dulu pernah bertanya padanya.. "Kenapa kak raina tak letak tarikh diba lahir 14 september? jadi samalah tarikh lahir kami" . " Nak buat macam mana, kalau dia keluar tanggal 15 ". Kami ketawa.




Izzah, Hafiz dan Diba(di hadapan)


Istimewa Buat Adik Nur Adibah Aliah Sayang (^-^)...

Assalamualaikum..
Diba apa khabar? Lama kita tak jumpa. Semoga sihat-sihat selalu.. jangan sedih-sedih ya.. jadikan pemergian mak sebagai satu kekuatan untuk diba sematkan dihati selamanya. Kak Tina doakan semoga diba berjaya di dunia dan akhirat. Jadi anak yang baik dan solehah, selalu doakan mak disana. Memang pahit untuk kita terima, tapi Allah lagi saaaaayang dengan mak macam mana mak dulu saaaayang sangat dengan diba kan? Anak bongsu la katakan..maaacam Kak tina hehe..

Kekuatan diba adalah kekuatan adik beradik yang lain dan kebanggaan bapa. Diba anak yang bertuah, mak pergi sama dengan tarikh lahir Diba. Sekarang ni Diba dah sama dengan Kak Tina, anak yatim.. (Tapikan, Kak Tina tak suka dengan gelaran tu..) biarlah apa orang nak kata. Banyaknya persamaan Diba dengan Kak Tina ni.. Cuba tengok muka..Emm.. ada iras-iras la.. kalau takda pun, cakap iya je..

Sebenarnya banyak lagi Kak Tina nak cakap ni.. Tapi yang lain tu nantilah kita cerita-cerita ya (kita berdua-duaan je..) yang ni mesti Kak Waty pun ikut baca kalau tak pun Kak Eda, Abang Achik, Kak Izzah, Abang Alif, Abang Hafiz baca dulu.. tak best, tak best!.. Insya' Allah kalau Kak Nainang kahwin nanti kami semua balik Tawau.. rindunya balik Tawau.. Nanti bolehlah jumpa anak-anak buah yang nakal-nakal ni. Sekarang ni pun, Kak Tina tengah menaip diorang sibuk je nak baca. Mirah dah lancar membaca, Mierul pula ikut je apa yang kakak dia baca.( konon-kononnya dia pun pandai baca ). OK lah Diba, Kirim salam dengan semua yang ada di sana ya. Em, Mira dan Mierul suruh tujuk gambar-gambar diorang untuk Untie Diba..







Mierul tanya.. comel tak abang pakai topi?? bagitau Untie Diba, abang tu pakai baju BEN 10 dan kasut BEN 10.

Sunday, November 29, 2009

Maha Melihat

Seiring Waktu Berlalu
Tangis Tawa Di Nafasku
Hitam Putih Di Hidupku
Jalani Takdirku

Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang Terlupa
Segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

*Kau Yang Maha Mendengar
Kau Yang Maha Melihat
Kau Yang Maha Pemaaf
PadaMu hati Bertobat

Kau Yang Maha Pengasih
Kau Yang Maha Penyayang
Kau Yang Maha Pelindung
PadaMu semua bergantung

Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisaku mengulang
waktu hilang dan terbuang
Andai bisaku kembali
Hapus semua pedih
Andai mungkin aku bisa
Kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa meski dengan air mata


Oleh : Opick feat Amanda
Album : OPICK " di bawah LangitMU "

..:: Good Luck buat anak saudaraku Amirah, yang berhempas pulas menghafal lirik lagu ni ::..

Monday, November 16, 2009

Selamat Datang.. Muhammad Imaanul Isyraq

Alhamdulilah.. Kakak saya selamat melahirkan bayi lelaki walaupun pada mulanya menghadapi komplikasi pada kandungannya yang sudah memasuki bulan yang ke-9. Sepatutnya perlu menunggu beberapa hari lagi untuk kelahiran bayi namun kerana bayi dalam kandungan tidak bergerak, maka bayi perlu di keluarkan lebih awal bagi mengelakkan masalah lain pada bayi seperti lemas atau apa sahaja boleh berlaku dalam keadaan sedemikian. kakak saya diberi suntikan bagi 'memaksa' bayi keluar. Kurang 24 jam kakak saya terasa sakit perut dan akhirnya, pada 11 November 2009, jam 12.21 tengah hari, di Hospital Bersalin Kuala Lumpur lahirlah seorang bayi lelaki seberat 2.79kg. Inilah Muhammad Imaanul Isyraq Bin Amirrajid..



Erm.. macam muka kakak dia..ups! iman lelaki la..




Nak kacau Iman tidur..hehehe...





Comel nya dia...




Kakak & abang dah dapat adik baru..=)




..:: Semoga Iman jadi Anak yang soleh, Taat pada Allah dan kedua Ummi & abah::..
..:: Semoga Iman menjadi pemancar keimanan kepada semua::..

Saturday, October 31, 2009

Selamat Berbahagia...

Terasa bahagia bila dapat bersama dengan sahabat-sahabat yang sekian lama tak bersua. Terlepas juga rasa rindu bila bercerita perihal masing-masing yang telah lama 'menyepi' . Dalam hidup saya zaman sekolah menengah adalah zaman yang paling menyeronokkan terutama dalam tingkatan 4 dan 5. Bersama dengan kawan-kawan yang agak 'gila-gila' tapi tak adalah segila penghuni di Tanjung Rambutan atau orang-orang yang tak berakal. Kami normal, berakal cuma agak nakal mungkin kerana kami berada dalam kelas yang sama selama 2 tahun dari tngkatan 4 hinggalah naik ke tingkatan 5 'muka-muka' yang sama sahaja hanya ada pertambahan sorang dua pelajar baru.

Tak sangka saya, dapat berjumpa dengan kawan se'gila-gila' saya dulu. Noralinah, sekali nampak dah macam model tingginya, dulu pun memang dialah juara ketinggian dalam kelas. Kami sempat menjamu selera sambil meng'update' cerita terbaru kawan-kawan sekolah. Alahai.. ramainya kawan-kawan saya yang dah berumahtangga dan tak kurang juga yang bakal-bakal mendirikannya. Rasanya dalam 23 orang kami, hanya tinggal 9-10 orang lagi yang masih 'single'.



POLIGAMI

Ketika memasuki tajuk Poligami dalam subjek Pendidikan Islam, Ustazah Noriah sempat bertanya kepada kami.

Saya nak tanya pelajar perempuan dulu, ada tak yang dalam kelas ni setuju berpoligami?

Langsung tiada sorang pun yang mengangkat tangan. Kami hanya tersenyum saling berpandangan.

Hemm, maknanya semua tak setuju.. OK, saya nak tanya lelaki pula, siapa yang setuju berpoligami?

kelihatan majoriti pelajar lelaki dengan bangganya mengangkat tangan di iringi dengan senyum sinis mereka. Masing-masing menjawab :

dua boleh..

tiga pun ok gak..

uiks, alang-alang beb! aku kahwin 4..

gatal juga kau ni..

confirm ke ko boleh adil?


Kemudian mata kami tertumpu kepada sorang pelajar lelaki yang dengan selamba menjawab:

Bagi saya ustazah, Kahwin satu lagi afdal. Sekurang-kurangnya tak payah fikir pasal adil tak adil.

Wey Ramli, ko ni..tak sporting..

Ha'ah.. kami main-main jelah..

Siapa nak kahwin ramai-ramai, kami ni saja takut-takutkan budak perempuan..


Berderai tawa kami.

Lepas Keputusan SPM kami diumumkan, Ramli adalah orang yang pertama mendirikan rumahtangga.



SELAMAT BERBAHAGIA

Selamat berbahagia hingga ke syurga buat sahabat-sahabat..

RAMLI & NORSHIDA.. hero dah dua..heroinnya bila lagi..

ZARINA & ALIAS.. Anak-anak kamu memang comel-comel..macam makcik Tina dorang..hehe..

ZURAIDAH & SYAMIL.. Tahniah dapat baby girl..

ROZILAWATI & FADHLULLAH.. Fawwaz Naufal dah masuk 4 bulan..saya tak sempat2 lagi nak datang rumah kamu.. Insya'Allah datang nanti..=)

SYUHADAH & AZRI.. Tahniah atas berita baik..dah masuk 4 bulan yea..(^_^)


Tahniah juga buat sahabat-sahabat yang lain..tak cukup page kalau nak senaraikan semua.

Wednesday, October 7, 2009

Diari Seorang Guru Tadika..




Final Exam "SeMalaysia". Kami berdebar, namun mereka tetap ceria.

Sungguh tidak terasa, masa begitu pantas berlalu dan hari ini telah pun memasuki bulan yang kesepuluh dalam tahun masihi iaitu Oktober. Beberapa kali saya meletakkan kalender masihi 2009 di hadapan saya sambil membelek hari-hari yang telah berlalu dan tak mungkin akan berulang lagi lalu saya bermonolog dalaman, hampir ayat yang sama keluar dari ingatan saya. Beberapa hari sahaja lagi yang tinggal untuk saya meneruskan amanah dan tanggungjawab yang di berikan pada saya untuk melangsaikannya.

"Silibus insya'Allah mampu saya habiskan seminggu sebelum exam, kerana saya perlu membuat revision sebelum hari exam tiba."

Debaran semakin terasa bila bertemu dengan guru-guru lain yang masing-masing menceritakan kebolehan pelajar-pelajar mereka yang telah mampu menguasai sukatan pelajaran yang di kehendaki bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun yang di adakan selama lima hari, bermula 19-23 oktober 2009 ini secara serentak di seluruh Malaysia.
Terasa sepeti saya pula yang mengambil exam, bukan mereka.

Dua hari lepas, sempat saya bersembang dengan seorang ibu kepada anak murid saya. Kami membincangkan tentang exam yang akan tiba dan saya hanya mampu mencadangkan tajuk-tajuk yang perlu di tekankan bedasarkan penilaian saya dalam 'mengkaji' soalan-soalan exam tahun-tahun yang sudah kerana kami pihak guru-guru sendiri tidak mengetahui soalan-soalan yang akan keluar dalam exam nanti kerana ia dikeluarkan sepenuhnya oleh Bahagian Peperiksaan, JABATAN PASTI PUSAT yang mana, kertas-kertas soalan Peperiksaan Akhir Tahun ini di selaraskan di seluruh Malaysia.Kertas soalan hanya akan tiba di sekolah PASTI masing-masing sehari sebelum Exam bermula. Ini bermakna, anak-anak murid saya akan menghadapi peperiksaan serentak dengan rakan-rakan 'sePASTI' mereka di seluruh negara.

Semalam, seorang parent pula datang ke PASTI menjemput anaknya, sempat kami bersembang. Beliau menceritakan kepada saya gelagat anaknya ketika di rumah terutamanya bila di panggil untuk mengulangkaji pelajaran ada saja jawapannya. "Ala..ibu tak payah la ajar lagi..syah dah tau.. cikgu tina dah ajar pun semua tu.." Kami ketawa sambil menggelengkan kepala. Istighfar saya mendengarnya.

Luaran, saya berbangga ketika nama saya disebut dengan sebesar pujian dari anak didik saya. Masya'Allah, memang benar saya dah ajar semua tu (dalam silibus). Tapi, jauh dari sudut hati, saya rasa debaran, risau, takut dan bermacam lagi kalau-kalau mereka lupa apa yang telah saya ajar sebelum ini, kalau-kalau juga banyak lagi kekurangan dalam pengajaran saya dan kalau-kalau yang banyak lagi untuk di persoalkan. Ini semua tanggungjawab saya untuk memastikan mereka berjaya menerima refleksi hasil pembelajaran yang memang itu adalah hak mereka yang di amanahkan pada saya. Mungkinkah juga pertanyaan ini akan saya terima di akhirat kelak nanti? Ya Allah, hanya Engkau Maha Mengetahui dan Memahami isi hatiku ini. GooD LucK For My StudenTs!!

Thursday, September 24, 2009

Lions Club Dan Rotary Club, Agenda Yahudi Laknatullah




Gerakan freemason yang didalangi oleh Zionis, agen Yahudi Laknatullah. Freemason bermaksud pembina-pembina yang bebas. Ia adalah nama bagi pertubuhan rahsia yang ditaja oleh Yahudi yang bertujuan bagi menguasai bangsa lain. Mereka menggunakan pelbagai cara termasuk cara yang buruk dan ganas supaya dapat menguasai dunia dalam jangka panjang.

Gerakan freemason kian aktif di Borneo khususnya di bumi Sabah. Dibawah freemason ini, mereka telah menubuhkan dua kelab kebajikan di peringkat antarabangsa iaitu Lions Club dan Rotary Club. Tugas sebenar kedua-dua cabang freemason ini adalah untuk melonggarkan pegangan aqidah masyarakat tanpa mengira agama terhadap tuhan melalui gerakkerja kebajikan mereka dan bertanggunjawab menyalurkan dana kepada Zionis yang berpusat di negara Israel.

Rotary Club



Rotary Club, agenda Zionis

Rotary Club adalah pertubuhan yang berada di bawah naungan Freemason. Ia ditubuhkan di bandar Chicago, Amerika Syarikat pada 23 Februari 1905. Pengasasnya seorang peguam bernama Paul P. Harris. Ia berkembang ke seluruh dunia sehingga pada tahun 1947, Rotary Club mempunyai cawangan di 70 negara, 6800 kelab dan 328000 ahli. Mereka berjaya menubuhkan kelab di Palestin pada tahun 1921. Semasa semangat Yahudi sedang marak, mereka terlibat dalam penubuhan negara Israel seterusnya cawangan kelab ini berselerak di seluruh negara Arab. Ini bukti Rotary Club didalangi Zionis (laman web Rotary Club International)

Lions Club



Lions Club, cabang freemason (Yahudi)

Kumpulan yang kononnya menjalankan kegiatan kemasyarakatan. Sebenarnya, ia adalah salah satu daripada cabang Freemason yang bertujuan mempengaruhi dunia. Ia ditubuhkan pada musim panas tahun 1915 di Texas, Amerika oleh penaja yang pertama iaitu Melvin Jones. Pertubuhan ini dianggotai oleh tokoh perusahaan dan pentadbiran yang terkenal di Amerika. Kemudian, ia diisytiharkan sebagai pertubuhan antarabangsa pada tahun 1917 di bandar Chicago Amerika. Walaupun ia menjadi pertubuhan yang terbuka dan mendedahkan kegiatannya, namun rahsianya terbongkar apabila ia didalangi oleh gerakan Freemason. Cuba lihat laman ini sebagai bukti Lions Club ini merupakan agenda Zionis (laman web Lions Club International)





Lions Club Sibu

Kedua-dua kelab bergerak atas nama pertubuhan sosial. Di bumi Sabah, kelab ini semakin aktif khususnya di Kota Kinabalu. Kini mereka dalam gerakkerja untuk menawan Borneo. Lions Club kian aktif bergerak dan website ini bukti kepada gerakkerja mereka (senarai cabang Lions Club di Borneo). Ini membuktikan bahawa mereka telah melakukan gerakkerja secara halus. Mengenai Rotary Club pula, ia juga telah bertapak di bumi Borneo khususnya Kota Kinabalu sebagai sebuah NGO (badan bukan kerajaan) dan ini merupakan web site Kota Kinabalu Rotary Club. Agak menyedihkan apabila ada orang Islam yang terlibat menjadi ahli dan penggerak kepada kelab ini lantaran tidak mempunyai pengetahuan tentang latar belakang kedua-dua kelab ini. Wallahu'alam.

p/s: Satu lagi ancaman selain gerakan kristianisasi kepada umat Islam khususnya di bumi Borneo. Apa tindakan kita??

Saturday, August 29, 2009

BERSEDERHALAH DALAM BERSUARA ATAU MELANGKAH




“Bodoh! Bangang! Kalau saya kata buat dan siapkan ikut prosedur, prosedurlah, walaupan tak cukup masa awak kata, itu bukan masalah saya. Ini kerja awak, awak orang bawahan, dengar dan ikut sahaja arahan saya!”

Tengkingan yang lantang begitu kedengaran walaupun bilik setiausaha wanita itu 100 meter jaraknya dari bilik-bilik yang lain.

“Apasal la kau ni bangang sangat, nampak tak kotak besar tu tak masuk van, yang kau pergi tutup pintu van tu buat apa? Lembap betul!!”

Kelantangan suara yang membingitkan telinga di kawasan sekitar sebuah kedai runcit, walhal, pembantu lelaki itu tidaklah jauh dari pemandu van yang dari awal tadi hanya duduk bersandar di tempat duduk pemandu.


Senario seperti ini biasa sahaja kedengaran, bahkan ianya pernah berlaku di hadapan mata kita sendiri yang boleh sahaja kita menjadi saksi di setiap episod yang sering berulang seperti ini yang tiada bezanya sama ada satu bangsa , satu negara apatah lagi sebaliknya.


Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan sederhanakanlah dalam berjalan (melangkah) dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara itu ialah suara keldai.” (Surah Luqman : 19)


Suara yang kuat sebenarnya boleh mengakibatkan kerosakkan pada gegendang telinga. Meninggikan suara adalah tanda seseorang itu telah terpedaya, hanya mementingkan diri dan tidak prihatin terhadap orang lain. Apa yang dimaksudkan ‘sederhana’ itu adalah tidak melantangkan suara hingga boleh menimbulkan kemarahan pada orang lain yang juga boleh menggangu orang persekitaran dan tidak pula terlalu perlahan sehingga langsung tidak kedengaran. Sebaik-baik perkara adalah pertengahan. Sesiapa yang mengangkat suaranya tanpa ada sebab munasabah adalah menyerupai keldai dan seburuk-buruk suara adalah teriakkan keldai. Scottish Proverb berkata “A man is a lion for his own cause”. Setiap manusia itu tidaklah sempurna.


Menyederhanakan suara adalah lambang adab yang murni, kepercayaan pada diri dan keyakinan pada perkara yang di suarakan. Berlidah tajam, bercakap kasar dan suka menengking merupakan adab yang buruk dan keji. Pada kebiasaanya, orang yang bersikap sedemikian adalah meragui akan nilai perkara yang di tuturkanya itu atau tidak pula meyakini dengan ketinggian serta kehebatan nilai diri sendiri.


Kebahagiaan dan keharmonian adalah pada kesederhanaan dalam setiap tindakan dan perkataan.Langkah yang sederhana menuju kepada matlamat yang mulia tidak sambil lewa dan sombong. Mengatur langkah dan bercita-cita dengan bersifat ceria dan progresif adalah yang terbaik.


Pendek kata, riak dan sombong seperti memalingkan muka, atau apa sahaja sikap yang mencerminkan kerendahan nilai diri seseorang itu adalah dalam keadaan takbur dan hanya berasa kagum dengan diri sendiri malah tidak prihatin terhadap orang lain. Ini jelas membuktikan bahawa orang seperti ini menghidapi ‘penyakit’.
Seperti dalam buku Thoughts on Courage, Albert Schweitzer ada berkata:
“Not one of us knows what effect his life produces, and what he gives to others that is hidden from us and must remain so, though we are often allowed to see some little fraction of it. So, that we may not lose courage. The way in which power works is a mystery…”

Allah kurniakan kita akal serta kelebihan-kelebihan yang ada pada diri, hanya ianya tersembunyi. Selamilah, kerana di situ ada banyak kuasa yang penuh misteri dalam nilai diri sendiri.

Saturday, August 22, 2009

Syoknya Ramadhan...



"Bersama Kita Hayatinya"
Salam Ramadhan dari Saya & Nisa' Gombak



Tuesday, August 11, 2009

BILA ALLAH MENARIK PERHATIAN KITA..


Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh

Sahabat… suatu ketika,
Dikisahkan, seorang mandor bangunan sedang bekerja di sebuah gedung bertingkat.
suatu ketika, dia ingin menyampaikan pesanan penting kepada tukang cuci yang sedang bekerja di lantai bawahnya.

Mandor ini berteriak memanggil seorang tukang cuci tadi agar mendongak ke atas sehingga ia dapat menjatuhkan catatan pesanan.
Kerana bunyi mesin-mesin yang bising,
tukang cuci yang sedang bekerja di lantai bawahnya tidak dapat mendengar panggilan dari mandor tadi.
Meskipun sudah berusaha berteriak memanggil dengan lebih keras lagi, usaha mandor tetaplah sia-sia sahaja.

Akhirnya untuk menarik perhatian,
mandor itu mempunyai idea melemparkan duit syiling yang ada di poket seluarnya kepada tukang cuci tadi.
Tukang cuci yang bekerja dibawahnya terkejut melihat duit syiling tiba-tiba berada di hadapannya,
dia pun berhenti bekerja sejenak kemudian mengambil duit syiling itu, lalu meneruskan pekerjaannya semula.
Beberapa kali mandor itu mencuba melemparkan duit syiling,
namun usahanya tetap tidak berhasil untuk membuatkan pekerja yang ada di bawahnya itu mendongak keatas.

Tiba-tiba mandor itu mendapat idea lain,
dia kemudian mengambil batu kecil yang ada di hadapannya dan membaling tepat mengenai pekerja tadi.
Kerana merasa sakit terkena batu, pekerja itu mendongak ke atas mencari siapa yang membaling batu tersebut.

Akhirnya mandor itu dapat menyampaikan pesanan penting dengan menjatuhkan catatan pesanan dan diterima oleh pekerja dilantai bawahnya itu.

Sahabat sekalian, untuk menarik perhatian kita sebagai hambaNya,
Allah seringkali menggunakan cara-cara yang menyenangkan,
mahupun kadangkala dengan ujin-ujian yang menyakitkan.
Allah seringkali menjatuhkan “duit syiling” atau memberikan kemudahan rezeki yang berlimpah kepada kita hambaNya,
agar mahu mendongak keatas,
mengingati-Nya,
menyembah-Nya,
mengakui kebesaran-Nya
dan lebih banyak bersyukur atas rahmat-Nya.
Allah seringkali memberikan begitu banyak berkat, rahmat dan kenikmatan setiap harinya kepada kita,
agar kita mahu menadah kepada-Nya dan bersyukur atas karuniaan-Nya.
Namun, sayangnya seringkali hal itu tidak cukup membuatkan kita untuk mahu mendongak keatas,
mengingat kebesaran-Nya,
berharap kepada-Nya,
mengagungkan nama-Nya
dan bersyukur atas rahmat-Nya.
Kerana itu, kadang-kadang Allah menggunakan ujian-ujian yang menyakitkan,
seperti musibah,
kegagalan,
rasa sakit,
kelaparan
dan berbagai pengalaman menyakitkan yang tiada lainnya hanyalah untuk menarik perhatian manusia agar mahu mendongak keatas.

Menarik perhatian untuk memohon kepada-Nya,
menyembah kepada-Nya,
mengakui kebesaran-Nya
dan bersyukur atas rahmat-Nya.
Dengan demikian, ujian-ujian menyakitkan yang kadang kala diterima manusia,
hendaknya diterima sebagai peringatan dari Tuhan untuk menarik perhatian kita.
Hendaknya hal itu membuat kita semakin merapatkan hubungan dengan Allah. Hendaknya hal itu mengajarkan kita untuk mengakui kebesaran dan kekuasaan Allah,
dan menyedarkan kita adalah makhluk-Nya yang sangat lemah dan tidak berdaya.

Sahabat,
Sudah begitu banyak rahmat dan berkat Allah senantiasa mengalir setiap saat dan detiknya kepada kita semua.
Seperti memiliki pekerjaan yang baik,
memiliki kesihatan yang kita rasakan kini,
kelengkapan pancaindra yang menopang kehidupan kita,
mendapatkan rezeki yang kita nikmati saban hari,
keluarga yang bahagia yang kita miliki dan sebagainya.
Semua itu sesungguhnya adalah rahmat dan berkat dari Allah SWT yang tak ternilai harganya.

Kini apakah Anda akan segera menadahkan wajah kepada-Nya, ataukah menunggu Allah menjatuhkan “batu” kepada kita ?.

Firman Allah yang bermaksud :
Dan apabila Kami memberikan NIKMAT kepada manusia, ia BERPALING dan MENJAUHKAN DIRI, tetapi apabila ia ditimpa MALAPETAKA maka ia banyak BERDOA.
Wassalam..

Saturday, July 25, 2009

INSPIRASI HIDUP

Alhamdulillah. Syukur yang tidak terhingga kepada yang Maha Pencipta langit dan bumi serta seluruh Makhluk Nya.

Setiap hujung minggu saya pasti akan dipenuhi dengan pelbagai program yang di anjurkan, sama ada terlibat secara langsung ataupun tidak ianya pasti akan memerlukan komitmen yang tinggi untuk dilaksanakan bersama sahabat-sahabat seperjuangan agar program-program yang di adakan itu berjalan dengan jayanya, InsyaAllah.

Hari ini saya sepatutnya berada di PWTC menjadi hakim untuk program SAUDARA BARU anjuran JAKIM. Namun, kerana janji saya kepada anak saudara ( Amirah )untuk datang melihat dia dalam Sukaneka Tahunan Tadika Islam Permata Indah, terpaksa saya batalkan dan replace pada sahabat lain, (thanks & sorry fizah ;)) kerana "Janji mesti di kotakan". Alhamduliullah, mira johan 2 acara ( Susun tin & Cari guli dalam tepung ) tapi wajahnya nampak biasa sahaja, mungkin kerana Umminya tak dapat datang kerana adik demam panas. "Ummi kena jaga adik" puas abahnya pujuk.




SEINDAH UKHUWAH SEMANIS BICARA,
KITA LAKSANAKAN IMPIAN BERSAMA




Beberapa minggu yang lepas, Nisa' Gombak telah berjaya melaksanakan satu lagi visi bagi tahun ini dalam menjalinkan ukhuwah sesama islam khususnya kepada golongan remaja yang memerlukan perhatian. Program Teen Circle mempunyai matlamat yang tinggi, bukan sahaja memberi pengetahuan agama kepada masyarakat di sekitar gombak, malah ianya juga adalah salah satu medan kepada aktivis Nisa' untuk membawa remaja-remaja tersebut mengikuti pentarbiyahan secara khusus agar hasrat untuk memurnikan agenda dakwah umum itu terlaksana.





"MATEMATIK SEPERTI KEHIDUPAN, NAMUN KEHIDUPAN TIDAK SEPERTI MATEMATIK"

Hampir setiap minggu saya terima SMS daripada adik-adik yang pernah mengikuti program bersama saya dalam NISA', SPIES, Program ADUN, PTRS dan macam -macam lagi. Akak minta maaf kalau ada SMS yang tak berbalas (tak da kredit kot!, atau mungkin sibuk). Apa yang ingin saya ceritakan sebenarnya? Em, semalam saya terima SMS daripada seorang bekas peserta Program SMART CAMP 1 anjuran Pejabat ADUN Gombak Setia. Tiba-tiba sahaja nombor yang tak di kenali terpapar di skrin Handphone saya dengan SMS yang cukup ringkas "Salam kak tina, betul ke berdakwah tu wajib? tapi kalau kita x minat, xpe ke, kalau xnak?;)".
Selepas berbalas SMS, barulah saya ingat tentang adik sue yang merupakan Penghuluwati program ketika itu. Sempat saya membelek beberapa buah buku berkenaan dakwah. Panjang lebar kalau nak cerita dalam SMS. Saya hanya dapat memberikan point-point yang penting, Walupun ringkas, namun saya bersyukur kerana dia dapat memahami.


BERDAKWAH SATU KEWAJIPAN

Dakwah adalan satu wasilah yang Allah s.w.t tentukan dalam penyampaian ajaranNya kepada umat manusia. Para Rasul yang di utuskanNya telah menjadikan amalan berdakwah sebagai tugasan yang mesti mereka laksanakan. Setiap Rasul telah menempuh pelbagai halangan dan rintangan daripada kaum mereka dalam melaksanakan tanggungjawab berdakwah, firman Allah s.w.t dalam surah Al-Nahl ayat 125 yang bermaksud :

"Serulah ke jalan Tuhan mu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik"

Berdakwah menyebarkan risalah Allah adalah merupakan tanggungjawab Rasul yang utama. Mereka menunaikannya tanpa rasa jemu, putus asa, kecewa dan hampa walaupun tidak ramai dikalangan umatnya yang dapat menerima apa yang di utarakan. Nabi Nuh a.s umpamanya telah menghabiskan usianya untuk menjalankan tugasan dakwah tanpa rasa jemu dan berputus asa, walaupun hanya segelintir sahaja dari kalangan kaumnya yang mahu mengikutinya. Allah s.w.t menerangkan hal tersebut dalam firman Nya dalan Surah Nuh ayat 5 dan 6 yang bermaksud:

"(setelah puas menyeru mereka) Nabi Nuh berdoa dengan berkata ; Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman): Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (suatu faedah pun) selain daripada mereka melarikan diri (dari kebenaran)."

MAKSUD BERDAKWAH

Dakwah secara umumnya ialah menyeru, mengajak, memujuk, mentarbiyah, mendidik, melatih, serta memimpin orang yang di seru supaya mengakui kebenaran risalah Allah s.w.t yang di bawa oleh Pesuruh Nya iaitu Rasulullah s.a.w. Isi kandungan dakwah yang utama antaranya ialah mengAgung dan MengEsakan Allah s.w.t, mengyakini dan mengimami perkara 'ghaibiyyat' melalui konsep "kami dengar dan kami taat" segala perkara yang datangnya dari Allah s.w. t, perkara yang berhubung kait dengan peribadatan kepada Allah s.w.t perkara yang berkaitan dengan hubungan manusia dengan manusia, dan hubungan manusia dengan alam.

Dakwah juga menurut Islam untuk mencegah dan melarang perkara mungkar dalam pelbagai bentuk dari di sebar dan bebas di lakukan seperti mana segala bentuk amalan telah dapat di hapuskan melalui dakwah Rasulullah s.a.w, melalui dakwah jugalah baginda s.a.w telah memberitahu Umatnya bahawa Allah s.w.t telah menggariskan segala amalan yang membawa kepada ketaatan dan pengabdian yang akan mendapat balasan syurga dan demikian juga sebaliknya, Allah s.w.t memberitahu manusia tentang amalan mungkar dan keji yang menyebabkan kepada kemurkaan Allah. Melalui dakwahlah kita dapat lihat akan keberkesanan, kesyumulan dan kesempurnaan ajaran Islam untuk memandu serta membaya hidayah kepada umat manusia seluruhnya hingga ke hari kiamat di sebarkan melalui dakwah.

Dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, kemudiannya di teruskan oleh para sahabat, golongan tabi'in dan seterusnya oleh umat islam yang terdahulu dan telah memperlihatkan hasilnya apabila ajaran Islam tersebar luas ke seluruh pelusuk dunia .Ianya dapat di terima dengan baik oleh pelbagai lapisan bangsa dan masyarakat. Marilah sama-sama kita menjadikan tugas berdakwah sebagai tugas harian yang di lakukan untuk kebaikkan kita bersama dan bagi membina ummah yang hidup berlandaskan ajaran Islam yang Syumul. Sampaikanlah walau sepotong ayat.
Waullahu 'alam..

Sunday, July 12, 2009

WARNA WARNI KECERIAAN

Buat pertama kalinya selepas SUKPA '09. Bermulalah pakaian 'baju seragam' OREN setiap hari Jumaat sepanjang tahun sessi persekolahan untuk tahun ini.

Sebagai mukaddimah, Pagi Jumaat yang indah 10 Julai 2009..





Perhimpunan Pagi





Emm.. ramai lagi yang tak datang..






Persembahan Nasyid oleh pelajar Tahap 2 ( 6 Tahun )






Fazirah lupa lirik lagu..




Perut dah lapar ye..
Jom! Makan Nasi Lemak berjemaah






Tuu diaa.. Aiman yang tak pakai baju OREN,
selamber jer tunjuk gaya.. Siapa ajar Aiman ni?






Perempuan ketepi la, lelaki nak tangkap gambar ni..






Ha, sekarang korang ketepi, kami pula nak tangkap gambar..






Cikgu, handsome tak macam ni..






Cikgu, kitorang pun nak juga buat gaya macam lelaki tadi,
cantik tak..







ADLINA, BALQIS, AMIRAH,
AIMAN & FADLAN
Pelajar paling Junior, 4 tahun..




Inilah, Putra puteri..
Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam Pra-Tahfiz
PASTI ILMI LORONG ENGGANG
GOMBAK








Sekian Terima Kasih..

Monday, July 6, 2009

SUKPA '09

Petang sabtu yang lepas, seusai sahaja reheasel sukan pasti di padang Taman Pinggiran Batu Caves, di saat-saat terakhir kami membuat persiapan untuk Sukaneka Tahunan Pasti Gombak (SUKPA '09) bersama tiga orang lagi sahabat guru-guru PASTI yang lain, kami meronda-ronda di sekitar Kuala Lumpur untuk mencari 'ilham' bagi menceriakan lagi kontinjen Pasti masing-masing. Agak penat juga sebenarnya, namun kami gagahkan diri demi anak-anak didik yang di sayangi, kami lakukan semuanya kerana mereka, keseronokkan mereka, kepuasan hati mereka, kerana disitulah kebahagiaan kami.

"cikgu, nanti kita menang dapat hadiah banyak-banyak ke?"

"cikgu, kita berlatih sukan ni supaya dapat hadiah banyak ke?"

"cikgu, nanti dekat padang tu kita lawan semua PASTI, pastu kita menang, pastu kita dapat hadiah?"

"cikgu, nanti kita dapat hadiah besar ke hadiah kecil?"

Selama tempoh hampir dua minggu berlatih sukan macam-macam persoalan yang di ajukan oleh mereka, semuanya berkenaan 'hadiah', sekali berlari berkali-kali bertanya. Tak kurang juga yang merajuk kerana 'kalah' dengan kawan sendiri. Cikgu juga yang kena pujuk.

Latihan sukan di sekolah, pelajar lelaki akan berlawan dengan pelajar perempuan sesama mereka. Kalau pelajar perempuan kalah dengan lelaki, latihan hari itu tidak boleh di sudahkan kerana pasti akan ada yang muncung sejengkal, tapi jika pelajar lelaki kalah dengan perempuan, no matter.. cool jer.. paling teruk pun mereka hanya bersuara.
"ala, asal kita kalah je mesti dah habis kan?"
"ha'ah, kalau perempuan kalah, kena main lagi"

saya faham maksud mereka.


Ahad, 5 Julai 2009





Bermulalah detik sejarah Majlis Perasmian SUKPA '09. Macam-macam 'fesyen' yang di persembahkan dalam perbarisan masuk oleh pelajar-pelajar PASTI kawasan Gombak, sebanyak 14 buah PASTI yang mengambil bahagian dan di bahagikan kepada 3 DUN ( Batu Caves, Gombak setia, Hulu Kelang ). Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dengan penuh warna warni seindah warna-warna baju sukan pelajar-pelajar PASTI mengikut warna pasukan masing-masing. Majlis di mulakan dengan Syahadah, Ikrar Pelajar PASTI dan Ikrar Sukan PASTI, di ikuti dengan Lagu Negaraku dan Lagu PASTI ( Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam )seterusnya Ucapan perasmian di sampaikan oleh Ustaz Syarhan Humaizi selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Gombak (DPPG) dan Penolong Kanan Pengerusi PASTI Kawasan Gombak.

Syukur Alhamdulillah, anak-anak murid saya pulang dengan membawa hadiah impian mereka. Masing-masing menunjukkan wajah-wajah yang ceria dan gembira. Ibu bapa mereka juga merasakannya.










Terima kasih kepada semua petugas-petugas SUKPA '09, Pemuda PAS Gombak, Unit Amal Gombak dan Nisa' Gombak (my friends) yang sabar melayan kerenah pelajar-pelajar PASTI, ibu bapa serta guru-guru PASTI yang out of control.

Sunday, June 14, 2009

..::LAFAZ YANG TERSIMPAN::..

" Mak tengok la ni, semua dah lukis. Mak, kak jue, kak sara, kak nang, abang, kak aleng, tina." Rengek saya.

" Wah... cantik! pandainya tina lukis." Pujuk mak.

" Tapi cikgu suruh lukis gambar keluarga, macam mana nak lukis gambar arwah ayah ni?." Balas saya.

" Minta tolong kak nang lukiskan." Pinta mak.



.....................................


" Kak, mak suruh tolong lukiskan muka arwah ayah."

" Lukislah sendiri."

" Tak tau.."

" Kalau nak tau muka arwah ayah, tengoklah muka pakcik, sama, mirip sangat." Jawab kak nang yang dari tadi sibuk dengan kerja-kerja sekolahnya. Pakcik yang di maksudkannya tadi adalah adik kepada Arwah Ayah.

" Tapi yang tu kan muka pakcik, mana boleh sama dengan muka ayah. Muka ayah, muka ayah! muka pakcik, muka pakcik! " Bisik hati saya yang sebenarnya ada rasa sedikit tidak berpuas hati. Saya langsung tidak dapat menggambarkan wajah Arwah Ayah kerana pemergiannya ketika itu, saya baru berusia 4 tahun.



.....................................



" Mak, yang adapun gambar ayah masa bujang, yang lain kan semua dah hilang." Kedengaran kak nang berbisik dengan mak di hadapan televisyen.

" Mana gambar keluarga yang kamu tiga beradik dulu? bagilah yang tu." Kata mak.

" Nah, lukislah yang ni." Kak nang menghulurkan gambar keluarga yang ketika itu mereka baru tiga beradik, kak nang yang masih bayi duduk di pangkuan mak, kak sarah berdiri di sebelah kiri mak dan kak jue berdiri di sebelah kanan Arwah Ayah. Mereka masing-masing berusia 9 bulan, 3 tahun dan 4 tahun.

" Hehe.. comelnya kak nang. Tapi kat sini muka arwah ayah masih muda, takkan nak lukis muka mak sekarang dan muka arwah ayah masa muda ni." Kata saya yang sebenarnya masih sukar untuk membayangi wajah Arwah Ayah.

" Kalau cikgu tanya, cakaplah macam ni. Ayah saya memang handsome cikgu, dulu, kini dan selama-lamanya, wajah dia takkan berubah, percayalah cikgu." Usik kak nang sambil menunjukkan gaya dialog yang kononnya untuk saya kepada cikgu.

Kelihatan mak melirik pada kak nang sambil tersenyum.


Tanpa bersoal jawab, saya cuba melukis wajah Arwah Ayah dengan 'bantuan' gambar hitam putih itu tadi.


Dan hasilnya, Alhamdulillah dapat 'pingat' huruf A. Handsome juga arwah ayah ni. Bisik hati saya.



............ KISAH 16 TAHUN YANG LALU.............



Hari ini genaplah 20 Tahun pemergian Arwah Ayah,

Salam Sayang yang penuh kerinduan dengan LAFAZ YANG TERSIMPAN buat Arwah Ayah yang tersayang..

"Selamat Hari Bapa" buat semua bapa-bapa di seluruh dunia.

Untuk Kami adik beradik, tiada yang terlepas di setiap saat hari-hari kami mengingati Arwah Ayah. Doa-doa kami buat Mak dan Arwah ayah sentiasa mewarnai kehidupan, kerana kelahiran kami atas nama cinta suci, Mak dan Arwah Ayah. Kami amat menghargainya di dunia hingga ke akhirat nanti, Insya Allah.

Terima kasih Ya Rabbi, Terima kasih Mak, Terima Kasih Mak, Terima Kasih Mak, Terima Kasih buat Arwah Ayah yang sentiasa di rindui..

Dari Kami... anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Mak dan Arwah Ayah.

::> Untuk bakal menantu dan cucu yang kini sedang berbahagia di rahim Umminya. Maaf di pinta, kerana keluarga ini tidak dapat menghadiahkan seorang ayah mertua dan seorang datuk buat kalian. Namun, keluarga ini sentiasa mendoakan kebahagiaan kalian, dan semoga kehadiran kalian dalam keluarga ini menambahkan lagi seri kebahagiaan kami. <::

Friday, June 12, 2009

ISLAM PASTI BOLEH

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik
Dari semalam

Jangan Buang Masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata

Umat Islam sentiasa Boleh!!
Umat islam sentiasa boleh!!

Umat Islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha
Bersatu tuju wawasan
Dunia dan akhirat
Wawasan dunia dan akhirat

Akhirnya islam cemerlang seluruh dunia..




To: Anis~ Betul ke lirik nie? hehe..lupa-lupa ingat plak..
To: Kak Ita~ Terharu ke? ehe, tak ada apa la kak..itu sekadar Ceritera Citra Cahaya Cinta, huhu.. Hati tengah sedih kot! =) ntah, happy pun mungkin gak..=) Confious! Forget it!

Wednesday, June 10, 2009

KETULUSAN HIKMAH MAHA PERANCANG

Segala puji hanya bagi Allah S.W.T. Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam sentiasa tercurah untuk Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. berserta keluarga, para sahabat serta seluruh umatnya yang setia dalam perjuangan agama dan dakwah seluruhnya.

Ya Rabbi,andai seluruh jiwa terkorban dalam dakapan lena, tidak lagi bertingkah untuk menggesel segala hujah akan ku hamparkan segalanya, bukan untuk di nilai oleh mata-mata yang pahit untuk menelan, tapi untuk meleraikan segala helaan nafas yang terkubur bersama angin yang melalui setiap liku-liku hujung pancaran dalam ketenangan.

Ah, sungguh tenang dan damai setiap kata hati yang terluah tanpa mengukir sebarang hasil cipta yang bertandang dalam minda. Bukan niat untuk menikam diri tanpa bicara, tapi sekadar sandaran dalam mengusai perasaan.

Sudah lama santun ini terpaut dalam payah, kerana kelemahan dalam setiap kata yang tersirat. Layakkah diri ini atau tidak? itu bukan persoalannya dan tidak lagi untuknya, kerana gulungan wadah ini telah terlerai setelah ia disentuh dalam separa sedar, kerana langkah yang penuh kekuatan, bukan untuk mengharap, mendakap, mengenal atau apa sahaja. Hati ini telah berbisik, dalam syahdu bersama ketenangan, kedamaian dan keberkatan, lantas ku terimanya. Sayup diri ini meniti, tapi Allah maha mengetahui segala janji, Ya! itu sudah pasti, cuma sekelumit pandangan yang kabur dalam nilaian yang hanya mengetahui luaran, dalam itu ada apa? tidak pernah di hiraukan hanya sahnya apa yang dilihat dan di ketahui, bagaimana dengan memahami? jauh, sungguh jauh, namun ianya pasti diterokai.

Subahanallah, setinggi mana darjat yang Engkau berikan bagi orang-orang seperti diri ini yang penuh onak halangan dalam merempuh ujian. Mawar berduri sentiasa berdiri setia menanti penyentuhnya, namun hanya rasa takut yang ada, bagaimana sakitnya? ada! namun hanya sekali ku pejam dengan penuh tawakkal kepada Nya sebagai pengubat diri. Walau seluas mana mawar meletakkan dirinya pasti lancar rasa degupan, tetapi setiapnya ada perbezaan, hanya diri dapat menilai dan tiada siapa jua merasai melainkan Yang Maha Mengetahui. Tanpa gerakkan mulut dan anggota lainya mengilhamkan orang sekeliling untuk memahami dialog hati dan perasaan untuk di bicarakan bersama logiknya akal.

Alhamdulillah, sungguh luar biasa ciptaan Yang Maha Berkuasa, bila kiri penuh dengan tangisan dan rasa kerinduan akan kesenangan abadi, ada sahaja yang bertandang sebagai tetamu, bukan untuk menambah koleksinya tetapi datangnya tanpa di pinta. Kanan yang sentiasa dalam kondisi dan imbangan yang selesa keadaannya terlalu lemah untuk menghitung angkatan tentangannya. Yang Maha Adil, tentu sahaja mengetahui tahap kekuatan di antara keduanya. Pasti ada yang datang untuk menutupi yang telah terhakis dan dengan Izin Nya ia telah pun ada.

Allahuakhbar, hebatnya tempisan yang dilontarkan untuk menguji segala tumpuan, apa sahaja yang ada di hadapan bagi mencuri langkah sebagai mahar dalam kekuatan yang bukan sahaja lahir dalam pengharapan tapi dambaan yang telah lama menusuk kalbu sebutir mutiara yang tiada taranya. Masihkah ada harapan dalam menggapai bintang yang jauh dari penglihatan atau mungkin sahaja ia hanyalah khayalan. Ujian ini sungguh luar biasa taranya, benarlah setiap bait kata-kata yang terungkap itu ada tafsirannya.

Lailahaillaullah, Linangan air mata yang sentiasa menemani perindu dalam helaan bayu, bukan di ukir untuk memadu perasaan yang muncul dalam pelbagai hiasan hanya kerana melihat aliran-aliran yang di hidangkan bagi menguji sebesar-besarnya kesabaran dalam himpitan sekelumit hati yang menilai pertuturan setiap anggota yang menjadi saksi kebisuan. Keterlanjuran langkah yang telah di corakkan sebagai bukti bagi yang menyaksikan keperitan dan kepayahan yang dipikul sepanjang usia menyahut cabaran kematangan, bukan proses mengenal pasti adalah kotak pertama yang diisi tapi kemahiran bagi menempis segala aral dan hadang yang menjadi syarat sebelum melambai pada yang telah mendahului dan memimpin bagi yang dibelakangi.

Segala kebekuan telah dilenturkan sebagai cairan yang penuh pengorbanan dan pengharapan agar ianya tidak lagi terkumpul untuk mrngulangi hayatnya. Hadiah dari Tuhan Semesta Alam, yang memiliki segala isi di langit dan di bumi tiada yang terkecuali dalam pemilikan Nya. Terima Kasih Tuhan telah memilih setitis ciptaan dariMu untuk menunaikan janji dan ikrar yang telah bermula dengan tangisan esakkan namun disahut dengan senyuman bagi setiap yang melihatnya dan kebahagiaan yang di sinari pancarannya.

Namun, tidak pernah mengharap apa-apa yang telah terhidang sebelum kelahirannya di dunia yang penuh dengan fana dan durjana oleh mereka yang mematahkan janji Rabbi. Kini, perjalanan jauh bakal di harungi sebagai ujian dalam kebenaran lisan yang telah di persetujui sehingga hari ini. Dengan itu bermulanya detik ini, apa sahaja yang bakal dan akan berlaku, sama ada yang seperti di harapkan atau sebaliknya, Semoga setiap langkah sentiasa diredhai, dirahmati dan sentiasa dilindungi serta di jauhkan dari segala kesengsaraan, kesedihan, kepahitan, kemaksiatan, keburukkan dan keaiban yang sentiasa mengejar mereka yang penuh dengan kelalaian. Terimalah seadanya kerana inilah Ketulusan Hikmah yang Maha Perancang. Semoga berbahagia menjadi tetamu yang Maha Agung.


Nukilan:
Rostina Jakla
2355, 100609
Gombak, Selangor.

Hak cipta terpelihara.

Monday, June 8, 2009

KEDEGILAN YANG SEMAKIN CAIR

"Assalamualaikum.."

"Wa'alaikumsalam, ha! awak ke Rostina?"

"Iya, saya Cikgu."

"Adik Junaina?"

"Ha'ah."

"Sorang je? Kakak mana?"

"Kejap lagi dia datang, dia kata ada benda nak siapkan dulu."

"Benda apa yang dia nak siapkan?"

"Tak tau."

"Aik, kakak sendiri pun tak nak ambil tahu?"

"Hmmm..Sabar jelah.." ( bisik hati saya )


..................................................................................


"Lepas solat Asar ni, saya nak semua peserta perempuan pakai tudung lengkap dengan anak tudung, jangan sehelai rambut pun nampak ! yang selempang-selempang tu tolong turunkan, pakai tudung biar menutup aurat ! bukan nak tutup urat leher je ! dan satu lagi pakai stokin ! yang pakai t-shirt lengan pendek, tolong tukar ! di sini hanya t-shirt lengan panjang sahaja di benarkan. Sama juga macam peserta lelaki tadi, saya tak nak tengok kamu pakai seluar jean, kita sekarang ni dalam hutan, saya tak nak nanti jin datang menuntut seluar dia yang kamu pakai. Faham?." Cikgu Nasir yang saya temui pagi tadi nampak garang dan menakutkan.

"Fahaaaam....". Jawab 43 orang peserta perempuan, namun mulut saya tidak pun terbuka untuk menjawab.

Dengan perasaan yang pelbagai, mata saya melirik pada kakak saya yang bertugas sebagai urusetia program tersebut.

"Nak balikkkk.." ( bisik hati saya )

Kakak tersenyum, seperti mendengar bisikan hati saya.


..................................................................................



Program Ijtima' Pelajar-Pelajar Islam Sabah ( IPIS ) Kali ke-8 yang di adakan selama 6 hari julung-julung kalinya saya sertai, kalau sebelum ini saya selalu mengikuti program-program sekolah rendah saya dan hanya bersuka-suka kerana pengisiannya juga yang penuh dengan permainan 'suka-suka'.

Program ini adalah "Dunia Baru" saya sebagai pelajar Tingkatan 1. Hati saya yang penuh rasa 'terpaksa' mengikuti program ini langsung tidak melihat apa positif nya saya menyertai program sebegini.

Setelah mengamati wajah-wajah setiap peserta hanya 4 orang sahaja yang saya kenali, kawan-kawan satu sekolah menengah saya. Bukan tidak mahu menyapa mereka tapi kerana mood yang tidak kena pada tempatnya merelakan diri untuk berseorangan.



..................................................................................


"Kak, orang nak balik.."

"Tunggulah dulu, tinggal 4 hari lagi.. kita sama-sama balik, mak pesan jangan tinggalkan kau, nanti ada apa-apa terjadi akak yang kena."

"Alaa.. 4 hari tu lama.."

"Tak lama.. sekejap je tu, jangan selalu tengok jam."

"Kenapa kak senyum?"

"Akak tengok dari semalam kau selalu jeling jam, agak nya kalau jam tu boleh bercakap mesti dia kata, apa jeling-jeling? ada hutang?"

Kami ketawa..




.................................................................................



"Ok, malam ni sudah 3 hari kita bersama-sama dalam program IPIS ni. So, mulai esok kita akan ada aktiviti-aktiviti lasak yang mencabar dan sangat-sangat menyeronokkan semuanya khas di cipta untuk kamu, macam mana semua..suka tak..???"

"Takkk..."

"Sukaaa..."

"Tengok lah macam mana..."

"Best ke???"

"Aktiviti macam mana??"

Macam-macam jawapan yang di berikan. Riuh dewan dibuatnya.




..................................................................................



Entah kenapa pagi ini saya rasa sedikit bersemangat di bandingkan dengan hari-hari sebelumnya." Hari ini aktiviti mencabar, aktiviti apa ya? tak sabar rasanya "

Dalam semua aktiviti-aktiviti lasak yang diadakan, Alhamdulillah hampir semua aktiviti berjalan dengan lancar dan saya tiada masalah untuk melakukannya. Namun ada satu aktiviti yang mencabar kreadibiliti saya sebagai 'orang bandar'.

"Aktiviti ni kami namakan "Mencapai ke puncak". Apa yang abang nak kamu lakukan, setiap kumpulan akan di 'hadiah'kan sebuah pokok mangga, di mana setiap kamu kena panjat pokok ni dan cari posisi masing-masing, syaratnya kesemua ahli mesti sampai ke atas kemudian kakak-kakak dan abang-abang fasi akan bagitahu apa yang perlu kamu lakukan. Di sini hanya ada 8 pokok jadi hanya 8 kumpulan sahaja yang akan mendahului yang 8 kumpulan lagi ikut abang!."

Ya Allah, kena panjat pokok! habislah.. seumur hidup saya, saya tak pernah panjat pokok.

"Cepat..."

"Cepat..."

Bergilir-gilir ahli-ahli kumpulan memanjat pokok sambil di perhatikan oleh para urusetia dan fasilitator.

Tibalah giliran saya." mana kakak ni.." Dari awal lagi kelibat kakak saya tidak kelihatan.

"Tina, cepat..."

"Tak nak.."

"Cepat panjat.."

"Tak nak, takut.."

"Panjat saja.. kakak-kakak fasi ada, jangan takut"

"Eeee.. orang kata tak nak! tak nak lah...". Terasa mahu menangis sahaja ketika itu.

"kak nang...." jeritan hati saya, sambil mata mencari-cari.



"Yang 13 orang ni kenapa tak panjat?"

"Diorang tak nak cikgu." jawab seorang abang fasilitator yang dari tadi tidak berhenti- henti meminta kami untuk panjat pokok. Kedegilan kami, mencabar dirinya.

Cikgu Nasir dengan muka yang garang dan tegas meminta kami untuk panjat pokok. Namun jawapan kami tetap sama.

"tak nak la cikgu.. takut.."

"Kamu semua ni daripada mana?"

Masing-masing menjawab. Kesemunya:
6 orang dari Tawau
5 orang dari Sandakan dan
2 orang dari Kota Kinabalu

"Oooo, patutlah... orang-orang bandar !"

Kami saling berpandangan. Bukan semua orang bandar tak pandai panjat pokok, cuma kebetulan kami memang tak pandai. Walhal, ada sahaja orang-orang diantara kami sudah sampai di atas pokok.

"Kamu jangan nak tunjuk lagak di sini ! Jangan ingat kamu budak bandar saya akan kecualikan. Di sini kamu semua sama ! kalau mereka panjat kamu juga kena panjat."

Ketegasan Cikgu Nasir semakin terserlah, sehingga loghat Kedah nya juga terserlah.

Perlahan-lahan kami berepecah dan menuju ke pokok kumpulan masing-masing, mereka di atas sudah melakukan aktiviti yang kelihatannya seronok tapi diri saya tetap tidak mahu untuk panjat pokok. Kedegilan yang masih beku.


..................................................................................



Selesainya sahaja kumpulan saya membuat persembahan lakonan, kelihatan kakak saya seperti tengah berbincang sesuatu dengan Cikgu Nasir.


"Sekarang dah masuk pukul 11.00 malam. Abang nak kamu semua masuk bilik masing-masing dan terus tidur. Esok, pukul 4.00 pagi semua mesti ada di sini, siap dengan wudhu' kita qiamullail di sini. Insya' Allah, cikgu Roslan yang akan datang dalam pukul 4.15 pagi, beliau akan bersama-sama kita dalam qiam nanti". Abang Osman yang rajin berceloteh setiap malam sepanjang program. Malam ini adalah malam terakhir kami bersama-sama dalam program IPIS kali ke-8.





.................................................................................


Subuh yang amat bermakna. Cepat sahaja berlalu. Hari ini kami akan pulang ke rumah masing-masing, kalau sebelum ini tidak sabar untuk pulang ke rumah namun pagi ini terasa berat untuk meninggalkan sahabat-sahabat yang selama 6 hari kami setilam, sebilik, sekumpulan, seprogram dan sekampung. Walaupun hanya selama 6 hari namun ukhuwah yang terjalin tanpa di sangka telah melepaskan linangan air mata yang sukar untuk di luahkan. Peserta lelaki dan peserta perempuan, titisan air mata pada hari itu tiada bezanya, kesemuanya kerana ukhuwah yang terjalin tanpa di rancang.

Kenangan itu, adalah kenangan yang terindah! tiada nilaian nya! ia milik kita! kerana kenangan itu menjadikan KEDEGILAN ITU SEMAKIN CAIR !. Kakak berbisik, " Semalam Cikgu Nasir kata, kedegilan kau sudah cair !."

Wednesday, June 3, 2009

Atas Nama Cinta..

Perempuan dari perspektif Islam

"Sesuai dengan sifat-sifatnya yang lembut, pengasih dan penyayang maka perempuan adalah pelengkap kepada kehidupan kaum lelaki. Justeru, bagaimanapun gagah serta perkasanya seorang lelaki, ia tetap tidak boleh hidup bersendirian tanpa di temani oleh kaum perempuan, sebab di sisi seorang lelaki yang berjaya itu sudah pasti berdiri seorang perempuan yang setia. "



Perempuan dari perspektif Islam sewajarnya memelihara diri dari sebarang sifat-sifat tercela, perlakuan yang tidak sihat, sumbang atau tidak bersusila. Perempuan seharusnya lemah lembut, berbudi bahasa, pengasih serta penyayang, bersopan santun penuh dengan naluri keibuan serta taat kepada suami. Mereka juga bijak dalam menguruskan rumah tangga dan mendidik anak-anak disamping menutup aurat.

Dalam surah al-Ahzab ayat 59, Allah SWT berfirman : "Wahai nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu dan anak-anak perempuan kamu serta isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka, yang demikian itu tujuannya ialah untuk mereka lebih mudah dikenali serta tidak diganggu"


Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, maka apabila dia keluar dari rumah, maka dia akan diganggu oleh gerombolan syaitan"


Dalam surah an-Nur ayat 31 pula berfiman : "Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka manahan pandangannya, memelihara kemaluannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan kecuali yang biasa kelihatan daripadanya."


Begitupun dalam arus kehidupan moden ini, ramai kaum wanita yang keluar dari rumah untuk bekerja bagi membantu suami serta menambahkan pendapatan keluarga. Namun ini tidaklah menjadi apa kalau kaum perempuan dapat menjaga diri dan memelihara kehormatan mereka agar tidak terbentur dengan beraneka pancaroba serta godaan yang boleh menyebabkan mereka jatuh serta hanyut dengan segala tipu daya serta permainan hidup yang pura-pura.


Sabda Nabi s.a.w : " Tidak ada fitnah sesudahku yang lebih membahayakan bagi kaum lelaki kecuali fitnah dari golongan perempuan."


Dalam hadis yang lain, Nabi s.a.w pula bersabda: "Waspadalah kamu terhadap dunia dan berwaspadalah terhadap kaum wanita kerana fitnah yang pertama kali muncul di kalangan bani israel berpunca daripada kaum wanita."

Seterusnya sabda Baginda: "Sesungguhnya orang perempuan bila memakai wangi-wangian kemudian berjalan pada suatu kaum supaya kaum itu tercium akan haruman yang dipakainya maka itu adalah zina."

Sesungguhnya bagaimanapun hebatnya kerjaya seorang perempuan di luar rumah, namun apabila berada di dalam rumah, ia adalah menjadi hak mutlak suaminya sahaja. Oleh itu seorang perempuan diwajibkan taat kepada suaminya.

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jika seandainya Tuhan memerintahkan supaya manusia itu sujud kepada sesama manusia, maka nescaya aku perintahkan para isteri supaya sujud kepada suaminya."

Selain itu, Nabi s.a.w bersabda lagi: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan taat kepada suami, maka hendaklah ia masuk ke syurga dari sebarang pintu yang ia kehendaki."

Sesungguhnya isteri yang setia adalah sebesar-besar perbendaharaan untuk seorang suami dan seorang ibu yang pengasih dan penyayang adalah anak-anak. Justeru itu, sebuah syair Arab menyebut, "Ada tiga perkara yang boleh membawa kebahagiaan ; rumah yang lapang, kenderaan yang baik dan isteri yang setia." Sementara dalam sebuah hadis riwayat Muslim pula menyebut: " Dunia itu adalah perhiasan dan harta benda, maka sebaik-baik perhiasan dan harta benda itu ialah isteri yang solehah."

Maka demikianlah peranan serta tanggungjawab seorang perempuan atau seorang isteri sangat penting, bukan sekadar dalam lingkungan rumah tangga sahaja tetapi menyeluruh hingga kepada kebahagiaan dan kesentosaan sesebuah masyarakat dan negara. Ini di jelaskan lagi dengan sabda Nabi s.a.w : "Apabila baik akhlak wanita maka baiklah masyarakatnya tetapi apabila buruk akhlak wanitanya maka akan rosaklah sesuatu masyarakat dan bangsa itu sendiri."

Menyorot kepada keadaan yang berlaku dalam masyarakat kita dewasa ini, kita mendapati bahawa banyak berlaku perkara-perkara yang tidak di ingini seperti pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, hubungan seks luar nikah, pengguguran anak serta pembuangan bayi yang kesemuanya ini melibatkan maruah dan kewibawaan kaum wanita.

Adalah diharapkan penghayatan nilai-nilai ajaran agama akan dapat di laksanakan dengan lebih berkesan dan menyeluruh supaya akhlak dan moral kaum wanita akan terpelihara.

Sesungguhnya perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk kaum Adam yang bengkok, maka bagaimanapun kita cuba meluruskannya ia tetap juga bengkok.

Ketika menaiki buraq dalam perjalanan ke langit sewaktu peristiwa Israk Mikraj, Nabi Muhammad s.a.w tiba-tiba terdengar suatu suara perempuan memanggilnya dari arah belakang. Ketika baginda hendak berpaling, maka Jibril telah menampar muka Nabi sehingga terpaling lalu Jibril berkata : "Jangan pedulikan suara itu." Maka Nabi bertanya : Kenapa?" Lalu dijawab oleh Jibril: " Itulah perempuan dan itulah dunia."


Sumber: Majalah Muslimah


Sacrifice



Fix your eyes

upon the greatness of your country

as you have it before you

day by day..



and when you feel her great

remember that her greatness

was bond by man with courage

with knowledge of their duty



and with a sense of honor in action

who? even if they failed

in some venture

would not think

of depriving their country

of their powers

but laid them at her feet

as their fairest offering.




Tuesday, June 2, 2009

Banyakkan menulis, membaca dan merenung


Diantara saranan yang dapat melegakan hati adalah dengan ILMU yang banyak, pengetahuan yang melimpah dan wawasan yang luas, selain itu juga adalah pemikiran yang dalam, berpandangan jauh, kemampuan mengungkap hakikat segala sesuatu, hujah yang bernas dan banyak lagi.


Sesungguhnya, orang yang berilmu sentiasa berlapang dada, memiliki hati yang tidak sempit, serta mempunyai jiwa yang tenang dan luas.


Ilmu akan bertambah
Dengan banyak mengajarkannya
Dan akan berkurang
Jika terus dipendam begitu sahaja


Seorang pemikir barat mengatakan :
"Saya mempunyai catatan harian tebal yang tersimpan dalam laci pejabat, diatasnya tertulis "kebodohan-kebodohan yang saya lakukan". Saya tuliskan semua kesalahan, keterlanjuran dan hal-hal remeh yang saya lakukan setiap hari agar saya dapat menghilangkan semua itu."


Dr. 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni Berkata:
"Anda bukan orang pertama melakukan itu, Para Ulama' terdahulu dan umat islam telah melakukan dengan bermuhasabah secara mendalam dan mengawal diri dengan ketat.


Hasan Al-Bashri mengatakan:
"Seorang muslim lebih banyak bermuhasabah diri sendiri daripada menilai temannya."

Rabi' bin Khutsaim selalu menulis apa yang dia ucapkan dari hari jumaat ke hari jumaat yang berikutnya. Jika apa sahaja yang dia ucapkan selama seminggu itu baik, maka dia akan memuji Allah, dan jika sebaliknya, maka dia beristighfar.


Dan orang-orang yang memberikan apa-apa yang mereka telah berikan (sedekah) dengan hati penuh rasa takut (kerana mereka tahu) bahawa sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhannya ( Al-Mu'minun :60)