Followers

Pages

Saturday, March 17, 2012

Cinta Sang Mutiara


Lautan yang dalam menyimpan sejuta rahsia
Di terokai dan di selami
Masih banyak yang tak ketahui
Dalamnya penuh misteri

Dunia yang sungguh luas
Terasa jauh untuk di titi
Saat paling getir untuk sekalian makhluk
Tatkala pergi jauh meninggalkan rindu

Gelora jiwa kembara sufi
Hadirmu tanpa di sedari
Pergimu tanpa di pinta
Usikkanmu sekian terasa

Sekali hati itu terusik
Umpama mutiara yang tersembunyi di dasar lautan
Semakin dalam dek kapal yang karam
Bertahun menghimpit subur mewangi

Hadirmu membahagiakan
Segenap ruang incian molekul air lautan
Janjimu menjadikan mutiara nan dalam itu menyinari
Pancaran mencerahkan sekalian makhluk di alamnya

Suatu saat yang meragut nafas yang mengerdilkan
Hujan menghempap lebat tiada kasihan
Ombak menolak tiada belasnya
Merobek dasar hati cahaya sang mutiara

Mungkinkah dikau sukujur jasad yang tiada hati
Tapi mutiara itu punyai hati dan cinta
Cinta yang sukar di tarik semula dek terlalu dalam letaknya
Sekujur jasad itu tiada belasnya

Tuhan itu letaknya paling Utama
Hingga mutiara lafaz syukur kerna jasad itu bahagia
Bait terakhir itulah merebahkan
Detuman mengores luka dalam

Kembara sufi mutiara hati
Teguhmu umpama gunung yang bertahan sekalipun ia berapi
Tulusmu umpama matahari yang pedih tapi tetap kasih
Mutiara hilang cahaya
Hadirlah rembulan menyinari
Suburkan semula Cinta Sang Mutiara Hati

Friday, March 16, 2012

Seindah Mawar Berduri

Disebalik kekurangan yang tercipta..
Bukanlah alasan untuk bermuram durja..
Kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya..
Izinkan Ya Allah..

Agarku menjadi permata..
Tetap menyinar walau di lumpur hina..
Tetap berharga walau dimana sahaja..
Buat Ummah dan juga keluarga..

Izinkan daku menjadi Seindah mawar berduri..
Yang menjadi impian setiap perhiasan duniawi..
Yang indahnya bukan untuk lelaki..
Tapi permata buat yang bernama Suami.

Monday, March 12, 2012

Bicara Hati

Hati...
Yang punah itu hati..
yang kental itu jua hati..
yang punya naluri lagi hati..
yang bisa mendorong mu kejalan yang benar itu juga hati..
malah yang memendam rasa CINTA itu juga hati..
oh, mana mungkin rasa CINTA dan hati itu terpisah..
mana mungkin CINTA dan hati itu juga terbelah dua..
laungan suara tanpa lidah, itu bukan kata-kata..
pandangan mata tanpa syukur itu bukan nikmat..
batuk yang berbunyi, dada yang di sapu..

Hati..
bicaramu usah keras wahai musafir duniawi..
beradab saksi bersulam fikir..
simpuh erat dua kalimat..
Ha..jangan keraskan lidahmu..
Ti.. Senyumanmu terukir..
benar atau salah..
lidah?? usah bicara...
hati?? benarkannya..
apa itu CINTA?? hati ada jawabnya..
apa itu KASIH?? lidah bisa ungkapkannya..
yang mana kekal antara duanya??
usah dijawab sekalian alam dengan lidahmu yang basah..
kerana HATI ada jawabnya.


Rostina Jakla
12 Mac 2012
Padang Besar, Perlis.

Thursday, November 24, 2011

MIMPI

Assalamualaikum wrmth wbrkth...

Wah.. rupanya hari ini genap sudah setahun blog Tirai Jendela menyepi.. 'menyepi' yang bersuara.. :)

Niat awal blog ini di buka adalah untuk berkongsi pengalaman dan cerita yang mana boleh di postkan di sini, InsyaALLAH.

Memang banyak perkara yang mahu dikongsikan, cuma kengkangan masa yang tidak memberi ruang untuk 'bercerita' di sini. Kalau ada sedikit masa pun.. itulah waktu rehat yang sangat berharga. (^__^)

Sekarang ini musim cuti sekolah.. Alhamdulillah, ada sedikit masa yang terluang untuk buat kerja-kerja PERIBADI yang sudah lama dibiarkan terabai =)

Sebenarnya, sejak dari darjah 3 lagi HOBI yang paling saya suka adalah MENULIS SAJAK & PUISI. Kalau di kira-kira sudah beratus-ratus helaian yang saya tulis sehingga hari ini.. tapi banyak yang hilang entah kemana.. almaklumlah, family suka berpindah-randah.. maka, helaian-helaian puisi saya pun 'berpindah' dan entah hilang ke mana..

Beberapa hari yang lepas, saya terjumpa satu puisi yang pernah saya tulis dahulu. Tercatat di Diary 2004. oh, sudah 7 tahun rupanya.Saya kongsikan di sini, sebagai satu kenangan buat saya juga.

===========================================================


MIMPI

Mimpi..
Ada yang membahagiakan
Ada yang menyakitkan
Ada yang menyeramkan
segalanya..
Hanya yang baik
Hanya yang buruk

Mimpi..
Membuatkan kita
Hilang dalam dunia sebenar
Mencipta satu dunia yang jauh
Merungkai persoalan yang di bina

Menjadikan kita seorang seniman
Berlakon di sebuah pentas
Dengan watak yang tercipta
Dengan dialog yang tersusun

Entah..
Dimana permulaannya
Dan dimana pengakhirannya
Kerna ia datang dah hadir
hilang dan pergi

Tidak menetu masa
Buka mata untuk sedar
Sebenarnya kita berada
dalam pentas yang sebenar
realiti hidup yang harus di lalui.



Rostina Jakla
27 November 2004
Tawau, Sabah.

Wednesday, November 24, 2010

Cahaya Ilahi


Usia ku kini jauh dari kenangan lama..
Tatkala rindu meresap kedalam jiwa
Terasa diri dalam kepayahan
Untuk melalui liku-liku yang penuh cabaran..

Terbayang ketenangan yang menjiwai kekuatan
Andai aku fahami langkah yang penuh makna
Takkan ku lalui hidup yang penuh dugaan
Kerana onak duri itu penuh dengan sirna

Yang Maha Mengasihi…
Jujurnya diri ini dalam keresahan..
Ku harungi debaran dalam setiap ucapan
Jauhkan diri dari segala fitnah & kemugkaran

Cahaya Ilahi,
Yang Maha Memahami
Rindu ini tak tertungkap lagi
Ku merayu hanya padaMu
Suburkanlah diriku dalam Rahmat Mu
Dan Tenangkanlah diri ini dalam REDHA MU...

Wednesday, November 17, 2010

Jodoh Itu Ketentuan Tuhan


Bismillahirrahmanirrahim.....

Artikel ini dipetik dari blog rakan sejak beberapa tahun yang lalu. Saya sudah lupa dari mana ia diperolehi. Namun saya ingin kongsikan artikel ini untuk kita sama-sama mengambil iktibar.

Bacalah nasihat Mok Wan ni. Renungkanlah Sedalam-dalamnya. Tiada jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat solat. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat.


Biar lambat jodoh asalkan mendapat ‘Right Person’ dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki/perempuan yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah² bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat disamping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia menjadi sebaliknya bila ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar suami atau isteri tidak usah berkahwin dulu.

Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu.

Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu.


Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutannya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia²nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.


Waullahu'alam.....


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Pada usia 25 tahun ini, saya menerima banyak 'signal' bertanyakan tentang pengakhiran status bujang saya, ramai juga yang sudi menjadi 'orang tengah' tanpa bertanyakan status saya dahulu. Saya faham niat mereka dan saya bersyukur diatas keprihatinan yang diberikan.

Mohon doa daripada kalian moga saya ditakdirkan jodoh bersamanya.



“Seorang teman pernah berpesan..

“Kadang² Allah sembunyikan matahari..

Dia datangkan petir dan kilat..

kita menangis dan tertanya-tanya,

kemana hilangnya sinar..

Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi..”


“Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.

Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada..

Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada…”


::.. Semoga mendapat jodoh yang diidamkan dan dirahmati Allah swt, amin…

::.. Selamat Hari Raya Aidil Adha

::.. Moga Allah kekalkan 'hati' kita.. Selamat menunaikan Ibadah Haji..